Home Page products News & Testimonials Network Enquiry Contact Us
 
 

Commander (R) Dato' Selamat Bin Haji Saad

Kdr (B) Dato' Selamat Bin Haji Saad, lulusan Britannia Royal Naval College, Dartmouth dan Naval Command and Staff College, Jakarta telah menceburkan diri dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak berusia 18 tahun dan bersara pada usia 52 tahun.

Pendedahan yang diberi kepadanya semasa berkhidmat di dalam TLDM, bukan sahaja menjadikannya seorang yang berdisiplin tinggi tetapi seorang yang matang dari segi pemikiran, berwatak tegas tetapi berlaku adil. Sikap peramahnya membolehkan beliau dengan mudah bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

Apabila melangkah keluar dari TLDM, Kdr (B) Dato' Selamat telah dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Seremban International Golf Club (SIGC), ke jawatan pengurus kelab. Dewasa itu, kelab sedang mengalami krisis pengurusan. Dengan kecekalan dan kebijaksaaannya, beliau telah berjaya mereda dan menyelesaikan perbalahan yang timbul serta mengembalikan keharmonian suasan di kelab seperti sedia kala.

Kami di syarikat Alife Network International Sdn Bhd dengan bangganya menerima Kdr (B) Dato' Selamat sebagai Pengerusi syarikat. Memandangkan aktiviti syarikat berkait rapat dengan hubungan masyarakat, kami penuh yakin serta percaya, Kdr (B) Dato' Selamat akan memanfaatkan kelebihannya yang tersedia untuk kejayaan syarikat. Kepimpinannya yang mantap, disiplin diri yang tinggi, sikap tegas tetapi adil dan kesediaan berunding untuk mencari penyelesaian akan menjadi pendorong utama dalam mengemudi syarikat ke arah kejayaan.

 
› Latar Belakang                             
› Pengerusi ALIFE                          
 
lebih lanjut...
 
 
2010 (C) Alife Network International Sdn Bhd | Sitemap